Khamis, 10 Julai 2014

The Da Vinci Code : kebenaran terbongkar???

The Da Vinci Code atau Kod Da Vinci merupakan sebuah novel cereka karangan Dan Brown dan diterbitkan pada tahun 2003 oleh Doubleday Fiction . Buku ini menjadi buku yang terlaris di dunia dengan jualan lebih dari 40 juta naskhah dan diterjemahkan kepada 44 buah bahasa. Buku ini merangkumi genre penyiasatan, ngeri dan pengkomplotan dan menjadi buku kedua karangan penulis sama selepas Angels and Demons, diterbitkan pada tahun 2000 yang mula memperkenalkan watak Robert Langdon selaku watak utama bagi kedua-dua novel. Buku ketiga dijangka terbit pada 2006 atau 2007dengan tajuk The Solomon Key.
Pada November 2004, Random House menerbitkan "Edisi Bergambar Khas", dengan lebih 160 ilustrasi yang diselitkan bersama. Terdapat juga edisi kulit tebal yang mukanya tersorok kunci kepada persoalan yang berkaitan dengan jalan cerita.
Latar novel tersebut merangkumi pengkomplotan pihak Gereja Katolik untuk menutup cerita "sebenar" JesusPihak Vatican mengetahui yang ia adalah satu pembohongan tetapi tetap menyembunyikannya untuk membiarkan mereka kekal berkuasa. Novel ini menaikkan kembali persoalan yang timbul disebalik lagenda atau mitos Holy Grail Cawan Suci dan peranan Mary Magdalene dalam sejarah Kristian.
Buku yang merupakan hasil kretaif, penuh aksi dan pencetus minda mendapat kritikan kerana menyatakan pembabitan Gereja Katolik dan Opus Dei dalam kes-kes negatif.

Ringkasan

Buku ini mengisahkan usaha Robert Langdon, Profesor "Kaji Simbol Agama" di Universiti Harvard, menyelesaikan masalah pembunuhan seorang curator terkenal di Muzium Louvre, Paris iaitu Jacques Saunière. Sudahpun tertera sebagai tajuk buku, keadaan kematian Saunière menepati karya Da Vinci apabila mayatnya ditemui di Sayap Denon Louvre dalam keadaan berbogel dan menunjukkan gaya Vitruvian Man iaitu satu daripada karya terkenal Leonardo da Vinci. Menurut karya tersebut, mesej rahsia tertulis di sebelah badannya dengan rajah Pentagram terlukis di atas perutnya dengan darahya sendiri.
Pesanan yang tersembunyi di sebalik karya agung Leonardo seperti Mona Lisa danThe Last Supper, menjadi titik tolak dalam menyelesaikan masalah dan rahsia yang dilindungi yang tidak sempat disampaikan oleh Saunière sebelum mati serta misteri di sebalik pembunuhan tersebut.
Dalam merungkai misteri tersebut, watak (bersama pembaca) terpaksa memerah otak untuk mengaitkan kejadian, pesanan dan rahsia yang mungkin tersembunyi secara sulit termasuk anagram dan nombor. Robert Langdon dalam usaha mencari jawapan terhalang apabila disyaki menjadi dalang di sebalik pembunuhan tersebut. Dalam keadaan diburu, mereka mendapati semua itu berkaitan dengan tempat yang mungkin terletaknya Cawan Suci dan persatuan sulit yang dikenali sebagai [[Priory of Sion], begitu juga dengan Kesatria Templar. Turut muncul dalam jalan cerita adalah organisasi Katolik dan "Opus Dei".
Antara beberapa plot cerita:
  • Jacques Saunière adalah ketua Priory of Sion, maka dia tahu akan maklumat tentang "batu kunci", yang mendedahkan lokasi Cawan Suci dan dokumen yang mampu menggoyahkan institusi asas Kristian dan Gereja Katolik. Dia dibunuh kerana maklumat tersebut ingin dicungkil oleh pembunuhnya.
  • Pesanan yang ditinggalkan Saunière yang tertulis dengan pen di atas lantai mempunyai tambahan "P.S. Find Robert Langdon" (P.S. Cari Robert Langdon). Sebab itulah Bezu Fache mengesyaki Langdon sebagai pembunuhnya. Fache memadamnya sebelum Langdon tiba di Louvre supaya Langdon tidak tahu yang polis mengesyakinya. Walau bagaimanapun, Sophie Neveu melihat keseluruhan pesanan tersebut setelah difakskan oleh pihak polis ke pejabatnya. Dia menyedari yang pesanan tersebut adalah untuknya memandangkan datuknya sering memanggilnya "Princesse Sophie" (atau "PS") ketika kecil. Kerana itulah dia mengetahui yang Langdon tidak bersalah dan meninggalkan sistem peti simpanan suara untuk mengelakkannya dari pihak polis.
  • Terdapat lagi tiga baris pesanan yang tertulis dengan darah Saunière yang merupakan anagram. Baris pertama adalahnombor Fibonacci yang ditunggang terbalikkan. Baris kedua dan ketiga tertulis "O, draconian devil!" dan "Oh, lame saint!" iaitu anagram bagi "Leonardo da Vinci" dan "The Mona Lisa" (dalam Inggeris). Petunjuk tersebut adalah panduan ke set petunjuk kedua. Pada kaca di potret Mona Lisa, Saunière menulis pesanan "So dark the con of Man" dengan pen curator yang hanya boleh dilihat dengan cahaya ultra ungu. Petunjuk tersebut adalah anagram bagi Madonna of the Rocks, iaitu satu lagi lukisan Da Vinci yang tergantung berhampiran. Di balik lukisan tersebut adalah kunci yang disorokkan Saunière yang tertulis di atasnya dengan pen kurator satu alamat.
  • Kunci tersebut boleh membuka peti keselamatan di Bank Simpanan Zurich dengan nombor akaunnya adalah nombor Fibonacci yang disusun mengikut susunan yang betul.
  • Di Westminster Abbey, Langdon membuka kripteks kedua dan menanggalkan isinya sebelum memusnahkannya di hadapan Teabing. Teabing ditangkap dan merayu kepada Langdon agar memberitahu kandungannya dan lokasi rahsia Cawan tersebut.
  • Biskop Aringarosa dan Silas mempercayai yang mereka menyelamatkan Gereja Katolik dan bukan memusnahkannya.
  • Bezu Fache mendapati Neveu dan Langdon tidak bersalah hanya selepas menemui peralatan perisikan di kawasan rumah Teabing.
  • Pesanan terakhir dalam batu kunci yang kedua tidak merujuk kepada gereja kecil Rosslyn Chapel, walaupun Cawan tersebut pernah ditanam di sana, di bawah Bintang David di atas lantai (dua segi tiga adala "bilah" dan "piala", atau lambing lelaki dan perempuan).
  • Penjaga gereja kecil Rosslyn adalah nenek Sophie (isteri Jacques Saunière ) yang telah lama menghilang.
  • Walaupun keempat-empat pemimpin Priory of Sion dibunuh, rahsia mereka tetap tidak hilang di kalangan organisasi tersebut
  • Pada penghujung buku, Robert Langdon dan Sophie Neveu merancang pertemuan mereka di Florence, Itali.

Rahsia Cawan Suci

Seperti yang diterangkan Leigh Teabing kepada Sophie Neveu, orang yang berada di tangan kiri Jesus sepatutnya bukan John si Hawari, tetapi Mary Magdalene. Menurut buku ini, Mary Magdalene merupakan isteri Jesus Christ dan mengandungkan anaknya ketika penyaliban berlaku. Ketiadaan piala minum dalam lukisan tesebut menunjukkan yang Leonardo tahu yang Mary Magdalene adalah si Cawan Suci (pembawa darah Jesus). Ini dikatakan dengan jelas lagi apabila bentuk "M" wujud di antara Jesus, Mary, dan hawari (Saint Peter) iaitu tempat Mary bersandar. Buku juga menyatakan warna pakaian mereka berdua saling padan dan berlawanan: Jesus memakai jubah mereah dengan selendang biru manakala John/Mary memakai jubah biru berselendangkan kain merah — yang mungkin melambangkan ikatan perkahwinan. (Walau bagaimanapun, tafsiran ini ditolak sejarahwan seni.)
Menurut novel tersebut, rahsia Cawan Suci, seperti yang disimpan Priory of Sion, adalah seperti berikut:
  • Cawan Suci bukanlah piala atau cawan tetapi perempuan yang namanya Mary Magdalene, yang membawa darah Jesus.
  • Istilah Perancis Lama bagi Cawan Suci adalah, San gréal, yang juga boleh ditukar kepada Sang réal, yang bermaksud "darah diraja" dalam Perancis Lama.
  • Peninggalan Cawan tersebut mengandungi dokumen yang mengesahkan pertalian darah dan juga tulang Mary Magdalene yang mungkin di simpan di Gereja Kecil Rosslyn Chapel.
  • Pihak Gereja menyembunyikan kebenaran tentang pertalian darah antara Mary Magdalene dan Jesus selama 2000 tahun. Ini disebabkan mereka takut akan kuasa perempuan yang telah dirasuki Syaitan.
  • Mary Magdalene merupakan keturunan suci (melalui Yahudi, keturunan Benjamin) dan isteri Jesus, keturunan David. Tentang dia adalah seorang pelacur adalah penghinaan yang dicipta Gereja Katolik untuk membuatkan orang tidak percaya dengan hubungan mereka. Ketika waktu penyaliban, dia mengandung dan selepas itu, dia melarikan diri keGaul, di mana dia diberikan perlindungan oleh orang Yahudi Marseille. Dia melahirkan anak perempuan bernama Sarah. Pertalian darah Jesus dan Mary Magdalene menjadi Dinasti Merovingian di Perancis.
  • Kewujudan pertalian darah merupakan rahsia yang terkandung dalam dokumen yang dijumpai oleh Salibi selepas mereka menguasai Jerusalem pada 1099 (lihat Kerajaan Jerusalem). Priory of Sion dan Kesatria Templar ditubuhkan untuk menyimpan rahsia itu.
Rahsia Cawan Suci berkaitan, menurut novel, kepada karya Leonardo Da Vinci seperti yang beriku:
  • Leonardo merupakan ahli Priory of Sion dan tahu akan rahsia Cawan Suci. Rahsia tersebut didedahkan dalam The Last Supper, iaitu tiada piala yang ada di atas meja. Orang yang terletak di kiri Jesus bukanlah lelaki tetapi perempuab, iaitu isterinya Mary Magdalene (Cawan Suci).
  • Mona Lisa adalah lukisan tentang dirinya sebagai perempuan. Paparan tersebut melambangkan panyatuan suci lelaki dan perempuan seperti juga Jesus dan Mary Magdalene. Nama Mona Lisa juga anagram kepada "Amon L'Isa", iaitu merujuka kepada dewa ibu dan bapa bagi Mesir Purba iaitu Amon dan Isis).

Persoalan dalam web[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua soalan atau teka-teki yang terdapat dalam talian yang merupakan kempen promosi bagi buku tersebut tetapi kini sudah menjadi satu permainan yang mencabar. Persoalan The Da Vinci Code menjadi tarikan popular bagi pelayar laman web dan melibatkan pentafsiran petunjuk tulisan rahsia yang menggunakan buku dan internet untuk menyelesaikannya. Persoalan Da Vinci Code, kedua yang bertajuk 'Uncover The Code' (Mendedahkan Kod), juga mengikut gaya yang sama.

Misteri di balik misteri

Sebahagian daripada pengiklanan novel adalah hasil seni jaket kulit buku versi Amerika yang mempunyai kod dan pembaca yang mampu menyelesaikannya melalui laman web pengarang akan diberikan hadiah. Beberapa ribu orang telah menyelesaikannnya dan satu nama dipilih secara rawak untuk dijadikan pemenang. Namanya diumumkan dalam siaran langsung, "Good Morning America", pada awal 2004 dan pemenangnya memperolehi hadiah perjalanan ke Paris.
Berikut adalah petunjuk yang tersembunyi itu:
  • Di belakang jaket buku mengandungi koordinat latitud dan longitud, yang ditulis terbalik, merah terang di atas merah pekat. Tambah satu darjah kepada latitude akan memberikan koordinat Agensi Perisikan Pusat (Central Intelligence Agency – CIA) di Virginia Utara, iaitu terletaknya arca misteri yang dipanggil Kryptos. Koordinat di ambil dari teks tulisan rahsia yang dipecahkan dari bahagian dua arca. Apabila Brown ditanya tentang mengapa koordinat berbeza satu darjah, dia menjawab, "Percanggahan itu disengajakan."
  • Terdapat pesanan tersembunyi dalam teks dimuka jaket bahagian dalam penutup
  • Perkataan "only WW knows" ("hanya WW yang tahu") boleh dilihat di penutup belakang. Ini juga rujukan kepada bahagian dua iaitu arca Kryptos[1]
  • Bulatan bersama nombor, apabila digabungkan dengan teks dari buku, akan mendedahkan pesanan rahsia.
  • Terdapat tulisan terbalik pada penutup kulit buku.
Brown telah menyatakan yang teka-teki tersebut akan memberikan petunjuk kepada tajuk novelnya yang seterusnya, The Solomon Key. Hal tersebut sama apabil novel Deception Point mempunyai mesej yang kemudian diselesaikan menjadi "The Da Vinci Code will surface - (The Davinci Code akan muncul) ".

Adaptasi

Rencana utama: The Da Vinci Code (filem)
Sony's Columbia Pictures mengadaptasikan novel ini kepada filem dengan lakon layar ditulis oleh Akiva Goldsman, dan pemenang Anugerah Akademi Ron Howard yang mengarah. Filem tersebut telah dilancarkan di Malaysia pada 18 Mei 2006dan dibintangi Tom Hanks sebagai Robert Langdon, Audrey Tautou sebagai Sophie Neveu, dan Sir Ian McKellen sebagai Sir Leigh Teabing.

Kritikan[sunting | sunting sumber]

Kes mahkamah[sunting | sunting sumber]

Dan Brown pernah dibawa ke mahkama oleh beberapa penulis yang mendakwa dia menciplak karya mereka. Antaranya seperti pada Februari 2006, Michael Baigent and Richard Leigh, dua daripada tiga pengarang The Holy Blood and the Holy Grail. Sesetengah berpendapat yang itu hanyalah aksi publisiti.Dan Brown menegaskan yang sejarah tidak boleh diciplak maka tuduhan dua pengarang tersebut adalah palsu.
Terdapat juga beberapa lagi perbicaraan yang dimenangi Dan Brown kerana peristiwa bersejarah tidak boleh dilindungi oleh undang-undang hak cipta dan sesiapapun berhak menulis tentangnya.

Tindak balas pihak Kristian

Biskop Katolik AS melancarkan laman web yang menentang novel tersebut. Biskop menyatakan yang terdapat kesilapan dalam The Da Vinci Code.
Organisasi Kristian merancang untuk bertemu dengan penonton filem dengan bantahan dan doa di luar panggung di seluruh AS. Selepas mengumpul lebih dari 60,000 tanda tangan dalam bantahan, organisasi Katolik merancang untuk mengadakan bantahan bagi seribu panggung dengan puluhan ribu pembantah. Pembantah juga mendapat galakn daripada pihak Vatican yang menyatakan filem tersebut mengandungi "fitnah, menyinggung perasaan dan kesalahan".[2]
Tidak semua kumpulan Kristian bertindak begitu. Selain merancang boikot dan bantahan, banyak penganut Kristian melihat filem tersebut sebagai alat untuk evangelisme.[3]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan